Powered By Blogger

Senin, 05 Maret 2012

agama

FADHILAT SURAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yangdilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripadapenyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyaihati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surahYassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membacaal-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang sukamembaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikatberbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanyadiampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turutmenyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang sukamembaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawaminuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannyadan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasasakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyangsunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertamasurah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap hurufcahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerimasuratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keteranganini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar